Wednesday, December 2, 2009

PERMINTAAN KEPADA YANG MAHA ESA......

Ketika aku meminta BANTUAN,
Tuhan memberikan aku peluang,
Kerana melaluinya aku mulai mencuba.

Ketika aku meminta KEMEWAHAN,
Tuhan memberiku akal untuk bekerja,
Kerana melalui berfikir aku mula melihat cara.

Ketika aku meminta KEJAYAAN,
Tuhan memberikan aku kegagalan,
Kerana melaluinya aku membaiki kesilapan.

Ketika aku meminta KEBIJAKSANAAN,
Tuhan memberiku masalah untuk diselesaikan,
Kerana melaluinya aku mendapat pengalaman.

Ketika aku meminta KEKUATAN,
Tuhan memberikan aku kesukaran,
Kerana melaluinya aku membina kekentalan diri.

Ketika aku meminta KETABAHAN,
Tuhan memberiku rintangan untukku hadapi,
Kerana melaluinya aku akan teruji.

Ketika aku meminta CINTA,
Tuhan mempertemukan aku dengan insan-insan yang memerlukan bantuan,
Kerana melaluinya perassan cinta bermula penuh keikhlasan.

Betapa berharganya segala yang aku alami,
Kerana Tuhan tidak pernah memberi apa yang aku minta.
Tetapi aku menerima segala yang aku perlukan.

Terima kasih Tuhan.....
Tanpa aku sedari aku telah menerima segala-galanya...

Wednesday, November 25, 2009

Kesekian kalinya

Salam semua.....

1st thing aku nk ucap tima kasih kat adikku yg bnyk bantu build up blog nih. hm....tp tu la, aku pon mcm x taw dah nk letak apa lg.tima kasih bebnyak tirah. Tapi x siap lagi. hehehe....  ni lah dia adikku yg berjasa itu......

Tuesday, October 6, 2009

Salam Perkenalan....

Assalamualaikum w.b.t.
Tanggal 6 Oktober 2009, aku dah ada blog aku sendiri. Akhirnya...................
dan disebabkan blog ni jugak la aku telupa appoinment ngan some1. huhuhu.....
tu la leka dok layan blog sangat.
k lah c u next post.
Wassalam.....